Snow

Thursday, September 27, 2012

Kelebihan Membaca Al Quran


Kelebihan Membaca Al-Quran

E-mailCetakPDF
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w.,
banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran. Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran
dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.
Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”
Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”
Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."
Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."
Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.
Sumber: www.cahayamukmin.blogspot.com

Green tea tiramisu


Bahan-bahan ( Loyang 9" empat segi )

  • 15gm serbuk teh hijau + 50ml air suam300320101595

    • Green Tea Chiffon
    • Bahan A
    • 130gm (6 biji) kuning telur
    • 100gm tepung gandum
    • 1 tsp baking powder
    • 1/8 tsp garam halus
    • 25ml susu segar
    • 80ml minyak jagung/minyak masak
    • Bahan B
    • 200gm (6 biji) putih telur
    • 1/2 tsp cream of tartar
    • 140gm gula kaster
    • Filing
    • 5 biji kuning telur

      Cara-cara

      1. Untuk Membuat Kek : Panaskan oven pada suhu 180C.
      2. Satukan bahan A, putar dengan hand mixer hingga bergaul rata. Ketepikan.
      3. Dalam bekas lain, pukul bahan B menggunakkan high speed hingga kembang dan bertanduk. Masukkan dalam A dan kaup balik hingga putih telur bergaul rata.
      4. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 40 - 45minit. Keluarkan dari oven dan telengkupkan di atas redai. Biarkan sejuk baru dipotong kepada 3 lapisan.
      5. Untuk Membuat Filling : Satukan kuning telur dan gula, gaul dan masak secara double boiler hingga pekat. Masukkan gelatin cair, gaul hingga rata.
      6. Pukul UHT whip cream hingga nampak pekat. Ketepikan
      7. Pukul cream cheese, masukkan No. (1) dan No. (2) gaul hingga licin dan tidak berketul. Bahagikan adunan kepada 3.
      8. Lapisan Pertama : Letak satu lapisan kek di dalam loyang loose tin. Tuang satu bahagian adunan ratakan, hentakkan loyang supaya adunan turun ke dasar loyang.
      9. Lapisan Kedua : Ambil satu lapisan kek, letakkan di atas lapisan pertama tadi, tuang adunan kedua, buat seperti Lapisan Pertama. Ulang langkah sama untuk lapisan ketiga hingga habis.
      10.                                                                         
         Masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih. Keluarkan kek dan hias dengan topping whipping cream dan serbuk teh hijau
    • 120gm gula kaster
    • 500gm mascarpone/cream cheese Phil (pada suhu bilik)
    • 350ml Anchor UHT whipping cream
    • 2 tbsp gelatin + 60ml air panas (kacau hingga larut)
    • Hiasan : 200ml topping whipping cream serbuk teh hijau

    Strawberry crunchy cake


    Bahan-bahan ( loyang 9" )

    • 200gm strawberry - potong kecil
    • 175gm butter
    • 175gm tepung naik sendiri
    • 175gm gula halus
    • 3biji telur
    • 50gm serbuk hazelnut
    • 1sb susu segar
    • 1st strawberry emulco
    • *** Bahan Hiasan ***
    • strawberry
    • sedikit badam

      Cara-cara

    • Masukkan pula susu segar sambil terus memukul adunan.Stobery_cake_1

      1. Ayak tepung dan ketepikan.
      2. Satukan serbuk kacang hazelnut dengan tepung, gaul gunakan sudu.
      3. Butter dan gula dipukul hingga kembang & putih.
      4. Masukkan telur satu persatu lalu diikuti dengan strawberry emulco.
      5. Masukkan adunan tepung dan serbuk hazelnut sikit demi sedikit, pukul dengan kelajuan minima.
      6. Dengan menggunakan spatula,masukkan strawberry dan gaul rata.
      7. Siapkan loyang yang dioles dengan mentega. Masukkan adunan ke dalam loyang tadi. Tabur permukaan dgn hirisan badam dan walnut serta porongan strawberry. (yg ni sy tak buat,hias lepas kek dah masak)
      8. Bakar pada suhu 160degree selama 1jam & 20minit atau sehingga kek masak.
      9. *** saya bahagi adunan dalam 2 bekas, jadi masa membakar cuma 45minit.
    • sedikit walnut

    Ensalada de tomato (KERABU TOMATO)


    Bahan-bahan ( Mengikut anggaran sendiri )

    • Tomato atau tomato ceri
    • Bawang besar atau bawang holand
    • Capsicum Merah
    • Capsicum Hijau
    • Daun Kesum
    • Daun Ketumbar
    • Kerisik
    • Garam
    • Gula

      Cara-cara

    • Semua bahan hendaklah dibasuh bersih terlebih dahulu.Dsc_0328

      1. Potong dadu tomato, bawang besar dan capsicum.
      2. Hiris nipis daun kesum & daun ketumbar
      3. Gaul semua bahan ke dalam satu mangkuk.
      4. Masukkan gula, garam dan kerisik secukup rasa.
      5. Perah asam limau jika suka sebagai penambah perisa.
      6. Siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi biasa, nasi tomato atau nasi beriani. Sedap juga dimakan begitu sahaja bagi yang berdiet ;)

    Pengat pisang stawberry


    Bahan-bahan ( 3-5 orang makan )

    • 1) pisang @ guna aje la apa2 pisang yg disukai (hendaklah dipotong terlebih dahulu)
    • 2) 5 sudu gula pasir
    • 3) 2 helai daun pandan
    • 4) 3 cawan santan (ikut citarasa)
    • 5) 6 biji strawberry (kalau nak sedap boleh letak lebih)
    • 6) 1 sudu kecil garam (secukup rasa)
    • 7) 3 sudu sagu (rendamkan 

      Cara-cara

      1. Masukkan gula dan garam secukup rasa.Strwberrypengatpisang
      2. Panaskan periuk dan masukkan santan ke dalam periuk.
      3. Masukkan sagu dan daun pandan. Kacau perlahan-lahan.
      4. Masukkan pisang yg telah dipotong.
      5. akhir sekali masukkan strawberry dan kacau sehingga strawberry sebati dengan kuah santan. Kuah santan akan bertukar warna ke arah merah jambu sedikit.
      6. Tunggu sehingga kuah santan mendidih dan siap untuk dihidang!(untuk hiasan, boleh la potong strawberry mengikut citarasa dan tabur di atas kuah santan) Sedaaaaaapp dan amat menarik :)
      terlebih dahulu untuk kasi cepat masak)

    Aiskrim teh hijau


    Bahan-bahan ( - )

    • 400ml whipping cream
    • 2 sudu kecil serbuk green tea
    • 3 sudu m

      Cara-cara

      1. kacau whipping cream, gula dan serbuk green tea sehingga sebati.
      2. Masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk beku selama 1½ jam - 2 jam.
      3. Bila dah sejuk, keluarkan dan pukul dengan pemutar kek sehingga adunan menjadi kaku/keras. Bekukan...
      4. *Kalau tak suka cara yang simple ni, bleh guna resipi aiskrim member myr yang lain dan cuma tambahkan serbuk green tea sahaja*
      5. *Kalau adunan tak cukup hijau bleh tambahkan sedikit pewarna hijau... *
      akan gula (ikut citarasa)Green_tea_ice_cream__4__-_

    Talam caca


    Bahan-bahan ( Untuk family 6 orang )

  • LAPISAN ATAS: 75g Tepung Gandum 125g Gula 1 1/2 biji Telur 125ml Santan pekat 250ml Air 1/4 tsp Garam 1/2 tsp peris

    Cara-cara

    1. CARA2: Untuk Lapisan Bawah :- 1.Campurkan semua bahan kecuali CaCa bits, gaul sebati dan tapis ke dlm periuk. 2. Masak sehingga naik wap, masukkan CaCa bits dan gaul rata. 3.Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit. 4.Cakar dgn garpu apabila dah masak supaya lapisan atas tidak lekang nnti.
    2. CARA:Untuk Lapisan Atas :- 1. Campur semua bahan, gaul sebati & tapis ke dalam periuk. 2. Masak hingga naik wap dan tuang ke atas lapisan bawah. 3. Kukus selama 30 minit. 4. Tunggu hingga betul2 sejuk baru di potong dgn pisau plastic.
    Img_2154

    • LAPISAN BAWAH: 50gm Ca Ca bits (rebus dahulu dan toskan) 90g Tepung Beras 125ml Santan Pekat 225ml Air 1/2 tbsp Tepung Hoen Kwe(putih) 60g Gula 1/2 tsp Garam

    Jus pegaga



        • Bahan-bahan ( 1-2 gelas )

          • 100 gm pegaga (cuci dgn air garam bsama akarnya sekali)
          • 3 camb gula perang (blh tmbah atau kurangkan)
          • 500 ml air masak
          • 5-7 ketul ais

            Cara-cara

            Img1161a
            1. Masukkan air masak ke dlm periuk bersama gula perang dan masak sehingga mendidih. Sejukkan.
            2. Kemudian kisar daun pegaga bersama air gula td. Tapiskan jusnya.
            3. Masukkan semula jus td ke dlm pengisar dan kisar bersama ketulan ais selama 1 minit.
            4. Siap dan boleh diminum. Selamat Mencuba!
            5. ** Setiap 100g bahagian pegaga yg blh dimakan mengandungi air 87.7g, protein 2.0g, lemak 0.2g, karbohidrat 6.7g, serat 1.6g, kalsium 171mg, fosforus 32mg, B2 0.19mg, niasin 0.1mg dan Vitamin C 48.5mg.

    Raspberry cheese tart


    Bahan-bahan ( 15biji++ )

    • pastry: 3 1/2 cawan tepung gandum
    • 60g gula diblend
    • 120g mentega/butter
    • filling:
    • 240 cream cheese spread yang sapu kat roti tu.jenama kraft ke ape2
    • 40g gula dikisar
    • 1 biji telur
    • apa2 jenis jem.saya guna raspberry

      Cara-cara

    • siapp!!!klu saba tarok dalam fridge lagi ummphhImg_2761

      1. preheat oven 160degree celcius 10minit
      2. mentega dipukul dengan gula sehingga kembang.masukkan semua tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh
      3. pukul cream cheese spread bersama gula dlm 3 minit dan masukkan telur
      4. canai doh dan letakkan dalam loyang pembakar untuk tart.rapikan...jangan lupa cucuk2 dengan garfu dekat base tu tp jangan sampai berlubang
      5. bakar selama 10 minit api atas bawah pada suhu 160degree celcius
      6. keluarkan dari oven dan letak cheese filling kemudian sedikit jem dan letak lagi cheese filing atas jem 2(jadi 3 lapisan)
      7. letak hiasan buah atau apa2.tak pun boleh lorek2 pakai hujung pisau dgn letak sikit jem kt topping
      8. bakar lagi 10 minit pada suhu 160 degree celcius...

    Biskut koko rangup


    Bahan-bahan ( saiz acuan 21x8cm )

    • 50g mentega tanpa garam
    • *70g tepung
    • *15g serbuk koko
    • *1/8 sk serbuk kulit kayu manis
    • *1/4 sk baking powder
    • *40g gula perang
    • *2 cubit garam

      Cara-cara 

      Biskut-koko-rangut
      1. potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven peper
      2. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
      3. Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
      4. Bakar selama 25-30 minit.
      5. Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.

    Jenis-Jenis Perayaan Di Malaysia


    Pesta Songkran

    Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam. Masyarakat Siam di Kelantan turut menyambut perayaan tahun baru ini. Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta Songkran.
    Songkran disambut berdasarkan kepada Kalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh pada hari kelima belas. Sekiranya mengikut kalendar masihi, pesta Songkran ini disambut pada pertengahan bulan April.
    Pesta Songkran ini juga lebih dikenali sebagai pesta mandi air iaitu mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai. Kebetulan pesta Songkran ini adalah jatuh pada hari yang terpanas dalam satu tahun.
    Dalam konteks, Negara Malaysia yang berbilang kaum, kebudayaan dan adat resam, pesta Songkran menjadi simbol perpaduan, kemakmuran dan keamanan dengan penyertaan pemimpin-pemimpin dan masyarakat yang berbilang kaum.
    Semangat dan nilai-nilai murni yang sejagat dalam Perayaan Songkran seperti berbudi bahasa, menghormati budi dan penghargaan terhadap orang tua, bersopan santun dan bersyukur adalah nilai teras pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa.

    Hari Raya Aidiladha

    Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Hajimerupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Hari raya ini menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah.

    Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Malah, bulan ini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. Perkataan 'Aidiladha' berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud 'hari penyembelihan korban'. Ini sempena memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S.

    Walaupun dengan hati yang amat berat, Nabi Ibrahim terus taat dengan suruhan Allah untuk menyembelih anaknya. Walau bagaimanapun, Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas.

    Sehubungan dengan itu, sebagai mengingati perintah Allah kepada Nabi Ismail ini, masyarakat Islam yang berkemampuan digalakkan menyembelih binatang seperti kambing atau lembu sebagai korban pada hari raya ini. Daging sembelihan ini akan dibahagikan, terutamanya kepada fakir miskin.

    Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya dimulakan dengan bacaan takbir dan tahmid secara berjemaah di masjid. Selepas itu, disusuli pula dengan sembahyang sunat Aidiladha pada waktu pagi. Kemudian bacaan khutbah akan diperdengarkan yang berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan Nabi Ibrahim.

    Selepas habis mendengar khutbah, umat Islam akan mengambil kesempatan berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai untuk mengeratkan silaturahim sambil menjamu selera dengan juadah istimewa. Acara penyembelihan korban pula akan diadakan selepas itu dan tiga hari berikutnya, iaitu pada 11, 12, dan 13 hari Tasyrik. Seluruh masyarakat akan bersama-sama membuat kerja-kerja penyembelihan tersebut.

    Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya disambut meriah oleh masyarakat di pantai timur, berbanding dengan masyarakat Islam di sebelah pantai barat yang menyambutnya dengan cara yang agak sederhana.

    Hari Wesak

    Hari Wesak merupakan hati terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras". Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

    Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Buddha di seluruh dunia.

    Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.
    1. Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
      Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
    2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
    3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

    Hari Deepavali

    Hari Deepavali (Bahasa Tamil: தீபாவளி) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.

    Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
    Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

    Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

    Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

    Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

    "Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.

    Hari Sembilan Maharaja Dewa

    Perayaan Sembilan Maharaja Dewa juga dikenali sebagai Kow Wong Yeh disambut pada hari kesembilan pada bulan sembilan dalam kalender lunar Cina. Penganut kepercayaan Taoist akan berkumpul di kuil untuk menyambut perayaan ini.

    Sembilan Maharaja Dewa merupakan kult bomoh kuasa halus "spirit-medium cult" yang dikenali sebagai 'Jieu Hwang Yeh'. Sembilan Maharaja Dewa ini dipercayai tinggal di syurga di langit di bawah pemerintahan 'Thien Hou', Ratu Syurga yang menjaga buku kehidupan dan kematian. Sembilan Maharaja Dewa ini juga merupakan anak kepada 'Thien Hou' Ratu Syurga ini. Pada petang bulan kesembilan, tokong Dewa mengadakan upucara untuk memuja dan menyambut 'Jien Hwang Yeh'. Pada sebelah petang hari kesembilan pada bulan sembilan dalam kalender lunar Cina, satu tempat menyembah akan disediakan, sementara satu tempat khas akan ditanda dengan bendera. Orang ramai akan menyalakan lilin dan membakar gaharu ketika upacara sembahyang dilakukan dengan diiringi bunyi gong, gendang, dan sebatan. Selepas itu mereka akan bersiap sedia untuk menyambut ketibaan Sembilan Maharaja Dewa itu.

    Oleh kerana ketibaan Sembilan Maharaja Dewa dipercayai sampai melalui jalan air, perarakan diadakan dari kuil ke tepi pantai atau sungai sebagai lambang kepercayaan ini. Pengikut Taoist berpakaian serba putih, membawa gaharu dan lilin, menunggu ketibaan 'Maharaja.'

    Setelah rombongan yang membawa Sembilan Maharaja Dewa kembali daripada tempat mereka menjemput ketibaan Sembilan Maharaja Dewa, kerusi tandu tersebut akan diletakkan di dalam tokong di satu tempat khas. Dengan tamatnya upacara ini, bermulalah perayaan Sembilan Maharaja Dewa dengan rasminya. Tanglong akan dipasang dikemuncak tiang yang tinggi sebagai permulaan perayaan Sembilan Maharaja Dewa.

    Suasana berpesta menyelubungi kuil sepanjang perayaan sembilan hari. Dalam tempoh ini, bunyi loceng sembahyang dan penyembahan oleh para sami didengari secara berterusan. Kebanyakan pengikut Taoist tinggal di tokong, memakan sayur-sayuran sahaja dan menyembah secara berterusan.

    Sementara itu ban roti berbentuk penyu yang bertulis perkataan yang baik-baik seperti Hidup Aman dan Panjang Umur, Keluarga Bahagia, dan Keluarga Sihat dan Kaya. Roti-roti ini akan diletakkan di tokong untuk mendapatkan restu Sembilan Maharaja Dewa ketika mereka berada di sana. Selepas itu roti-roti ini akan dibawa balik untuk dimakan.

    Perayaan Sembilan Maharaja Dewa ditamatkan dengan perarakan besar-besaran bertujuan menghantar Sembilan Maharaja Dewa pulang kembali melalui jalan air.

    Hari San Pedro

    Perayaan San Pedro merupakan salah satu peninggalan Portugis di Malaysia. Perayaan San Pedro merupakan perayaan menyambut hari jadi San Pedro, penaung kepada nelayan. Ia disambut meriah oleh masyarakat berketurunan Portugis yang tinggal di Melaka. Perayaan San Pedro diraikan antara 24 Jun - 26 Jun setiap tahun.

    Pada hari perayaan San Pedro, kapal nelayan yang dihiasi indah bersempena pesta ini akan diberi restu dan didoakan agar mendapat hasil yang lebih lumayan pada musim menangkap ikan pada masa akan datang.

    Hari Thaiponggol

    Thaiponggol merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari.

    Pada subuh pagi Thaiponggol, para petani akan bangun dan memasak bijiran yang baru dituai yang dikenali sebagai Ponggol. Masakan Ponggol ini merupakan masakan hasil tuaian baru yang akan dipersembahkan kepada matahari pada waktu pagi.

    Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi memuliakan Dewa Matahari yang penting kepada semua tanaman. Upacara penyembahan juga diadakan di kuil secara besar-besaran, dan di rumah secara kecil-kecilan.

    Bagi perayaan di rumah, seluruh keluarga akan bangun awal dan mandi dan berpakaian cantik sebelum subuh. Semua ini dilakukan tanpa menggunakan cahaya. Apabila semua ahli keluarga telah bersedia, mereka berkumpul mengelilingi gubahan buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu akan di gunakan. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti merupakan gambaran pertama dilihat pada waktu pagi. Pada pagi hari, makanan pagi dari tumbuhan sepenuhnya "vegetarian" akan dihidangkan kepada semua ahli keluarga.

    Hari Natal

    Hari Natal (Krismas) merupakan perayaan menyambut kelahiran Jesus Christ di Bethlehem yang disambut oleh semua pengikut ugama Nasarani di dunia. Bagaimanapun, kajian menunjukkan Hari Natal bukanlah tarikh sebenar kelahiran Jesus Christ.

    Perayaan hari Natal bermula dengan menghiasi pokok Krismas di rumah dan di gereja. Ahli keluarga bertukar hadiah pada hari Natal dengan meletakkannya di bawah pokok krismas. Teater Krismas, parti nyanyian keugamaan (Carol) akan diadakan.

    Derma akan diberikan kepada golongan yang tua dan miskin. Secara tradisi, hadiah akan diberikan oleh Santa Claus kepada mereka yang memerlukan. Pada masa sekarang, perayaan hari Natal bersifat lebih komersial di mana gedung-gedung jualan akan berhias dan membuat persediaan jualan hari Natal semenjak awal Disember lagi.

    Hari Keamatan


    Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazans / Dusuns sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"

    Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan'. Kaum Kadazan percaya kepada makhluk halus dan mereka mempercayai terdapat lima jenis makhluk halus yang dikenali sebagai :- Kinoingan, Ketua makluk halus dan Pencipta , Rusad semangat semua benda hidup kecuali manusia, Koududuvo semangat manusia, Tombivo semangat orang yang telah meninggal, dan Rogon semangat jahat.

    Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan - yang juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa sumber kepada kehidupan dan kewujupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."
    Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai "arak beras" dihidangkan sebagai minuman istimewa Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.

    Hari Gawai

    Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Perayaan ini selalunya disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun.

    Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan juga disediakan. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

    Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.

    Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.

    Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak.

    Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

    Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.

    Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.

    Hari Ahad Easter

    Kepercayaan "Doktrine" Nasrani mempercayai bahawa Jesus Christ telah dihidupkan kembali "dibangkitkan" pada hari Ahad. Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci "Holy Week" disambut oleh pengikut ugama Nasarani. Minggu Suci bermula dengan Ahad Palm "Palm Sunday" dimana setiap pengikut nasarani diberikan daun palma yang dijampi "blessed" pada perhimpunan hari Ahad. Ini diikuti dengan Khamis Maundy sempena peristiwa apabila Jesus Christ dipercayai makan malam terakhir bersama-sama pengikutnya sebelum dikhianati.

    Jesus dikatakan dikhianat dan ditangkap di Gethsemane ketika dia pergi berdoa selepas Makan Terakhir "Last Supper". Pada pagi Jumaat yang dikenali sebagai Jumaat Bagus "Good Friday", Jesus telah disalib dan mati pada petang itu. Jumaat Bagus disambut sempena memperingati penyiksaan dan kematian Christ.

    Jesus kononnya telah memberitahu pengikutnya bahawa dia akan hidup kembali pada hari ketiga. Pada hari Ahad, kuburnya kosong menandakan dia hidup kembali.

    Hari Chap Goh Mei


    Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.

    Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upucara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

    Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk.

    Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.

    Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera besar "Chingay".

    Hari Kuih Bulan

    Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi).

    Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan.

    Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

    Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

    Tahun Baru Cina


    Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.

    Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.

    Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga. Pemberian ‘angpau’ juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga. Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina.

    Pesta Menuai


    Pesta menuai adalah suatu perayaan yang disambut setiap tahun oleh masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah selepas musim menuai untuk memuja semangat padi. Perayaan ini disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun dan telah diiktiraf sebagai hari cuti rasmi di negeri Sabah.

    Biasanya, dalam menyambut pesta menuai, beberapa acara akan diadakan seperti magavau (semangat padi), tarian, pertandingan ratu cantik, sukan rakyat serta pameran barang-barang tradisional hasil kerja tangan suku kaum di negeri Sabah. Pada hari tersebut juga, tapai yang dipanggil 'Kinomoi' akan dihidangkan secara percuma kepada masyarakat yang berkunjung meraikan pesta menuai ini. Pesta menuai ini biasanya akan dimulakan dengan upacara magavau. Seorang dukun wanita yang dipanggil 'Bobolian' akan mengetuai upacara ini yang dilakukan ketika matahari hampir terbenam, sehari sebelum perayaan pesta menuai bermula. 'Bobolian' akan membaca jampi serapah yang dipanggil 'Momurinait' di dalam bilik khas.

    Di dalam bilik ini terletaknya 'bambaazon' atau 'bambarayon', iaitu semangat padi. Barisan kaum lelaki dan wanita pula akan menari dan menyanyi sehingga subuh dalam upacara ini. Menurut cerita, sebahagian daripada tubuh anaknya menjadi padi (parai). Manakala anggota tubuhnya yang lain menjadi tumbuh-tumbuhan. Apabila padi dan tumbuh-tumbuhan makanan ini dicipta, barulah Tuhan Dusun mencipta manusia daripada tanah yang menjadi keturunan masyarakat Kadazan-Dusun.
    Masyarakat kaum Kadazan-Dusun mempercayai padi adalah suci. Hal ini demikian kerana mengandungi beberapa bahagian anak perempuan Tuhan Dusun yang terjadi daripada semangat padi. Semangat padi ini dilambangkan oleh tujuh tangkai padi yang dicabut, diikat, dan disimpan ditempat khas.
    Secara amnya, masyarakat setempat melihat upacara pemujaan semangat padi ini sebagai suatu tanda kesyukuran dan wujudnya hubungan baik antara manusia dengan alam.

    Selain itu, upacara ini juga dapat mewujudkan semangat bersatu padu dan tolong-menolong dalam masyarakat Kadazan-Dusun. Pada hari ini, upacara pemujaan semangat padi ini agak jarang dilakukan, terutama selepas beberapa golongan kaum Kadazan-Dusun ini memeluk agama Islam dan Kristian.

    Namun begitu, masih terdapat golongan daripada kaum ini yang masih mengamalkannya untuk memperjuangkan tradisi dan amalan hidup mereka. Bagi seluruh masyarakat negeri Sabah pula, Pesta Menuai dijadikan suatu perayaan bersama untuk mewujudkan semangat muhibah dan bersatu dalam anggota masyarakat.

    Hari Thaipusam


    Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'.

    Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.

    Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Dua puluh empat jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya.

    Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini.

    Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam.

    Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya, pembawa 'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu yang dimainkan.

    Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan menaiki 272 anak tangga di Batu Caves sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan kavadi dihadapan patung dewa. Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa, madu, dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu.

    Perayaan Thaipusam di Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagi masyarakat yang beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatian daripada masyarakat yang berbangsa lain. Oleh itu, tidak hairanlah banyak pelancong yang datang dan merakamkan suasana menarik semasa sambutan perayaan ini.

    Maulidur Rasul

    Perkataan 'maulid' berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud hari lahir seseorang. Apabila disebut 'Maulidur Rasul', umum memahami ungkapan ini bermaksud hari keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20 April tahun Masihi 571 bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah.

    Oleh yang demikian, hari maulid ini dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Negara kita turut memuliakan dan merayakan hari maulid. Hari maulid ini menjadi hari cuti umum di negara kita kerana agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini.

    Maulidur Rasul disambut dan dirayakan dengan berbagai-bagai cara di negara kita. Setiap kerajaan negeri akan mengadakan sambutannya secara besar-besaran.

    Lazimnya, mengadakan syarahan memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, orang ramai berselawat, perarakan, dan lain-lain. Di kalangan masyarakat pula, mereka mengadakan majlis berselawat dan jamuan. Sambutan ini diadakan di rumah dan masjid. Di sesetengah tempat pula, mereka mengadakan majlis membaca riwayat maulid, iaitu sebuah kitab yang ditulis khas tentang riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W.

    Hari Raya Aidilfitri

    Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya ini setelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan.

    Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam. Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau.

    Keesokan harinya, semua umat Islam, lelaki dan perempuan akan ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah. Di negara kita, sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut secara meriah pada setiap tahun.

    Bermula seawal bulan Ramadan lagi, umat Islam akan membuat persiapan tertentu untuk menyambut kedatangan hari raya ini. Antara tradisi umat Islam di negara ini, menjelang kedatangan 1 Syawal ini, adalah dengan menyediakan pakaian baru untuk keluarga, menghias rumah, dan membuat berbagai-bagai jenis kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

    Selain itu juga, umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota keluarga. Kadar nilai zakat ini ditentukan oleh harga semasa beras, iaitu makanan asasi rakyat di negara kita.

    Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya mengambil peluang cuti pada hari raya ini untuk pulang ke kampung dan menyambut hari raya bersama-sama keluarga dan ibu-bapa masing-masing. Pada pagi hari raya pertama, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, suami atau isteri dan dari yang muda kepada yang tua. Selepas itu, dalam tradisi kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai juga, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan, di samping mengeratkan silaturrahim.

    Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-bagai jenis juadah tradisional seperti lemang, ketupat, nasi himpit, dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu yang datang berkunjung dan beraya di rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula, mereka amat gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian yang baru serta mendapat duit raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalan memberi duit raya ini adalah suatu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita pada hari raya, iaitu untuk bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda.

    Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk berkunjung ke pusara ahli keluarga dan saudara mara. Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia lebih bermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

    Kerajaan juga telah mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan untuk meraikan hari raya Aidilfitri ini dengan berbagai-bagai acara dan juadah istimewa kepada seluruh masyarakat yang hadir. Konsep rumah terbuka ini dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan ini dengan penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...