Snow

Sunday, September 23, 2012

Demonstrasi Aman Bantah Filem Dan Karikatur Hina Islam


Berpuluh-puluh ribu umat Islam tanpa mengira fahaman politik, mengadakan tunjuk perasaan secara aman di seluruh negara selepas solat Jumaat siang tadi bagi membantah penerbitan filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Di ibu negara, Pemuda UMNO menganjurkan perhimpunan bantahan itu sebaik sahaja selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru.

Ia turut disertai sayap Pemuda parti komponen Barisan Nasional, serta pertubuhan bukan kerajaan, seperti Majlis Belia Malaysia, Jalur Tiga, Jati, Pertubuhan Pribumi Perkasa dan Tibai.

Selain menyuarakan bantahan, peserta turut membawa pelbagai sepanduk dan kain rentang yang mengecam filem Innocence of Muslims.

ZAHID MAT ARIP / MURSYIDUL AM TIBAI
"Kita sedang berdepan dengan musuh Islam dari luar dan dari dalam negara kita sendiri. Dari dalam negara pemimpin DAP".

DATUK DR HASAN ALI / PENGERUSI JATI
"Marilah kita bersama atas nama kesatuan umat mari kita letakkan asas mulai daripada hari ini".

DATUK IBRAHIM ALI / PRESIDEN PERKASA
"Saya menghormati kebebasan suara hormati kebebasan berpolitik kebebasan berhimpun tetapi saya tidak akan benar kebebasan menyentuh Islam dan Nabi Muhammad s.a.w".

KHAIRY JAMALUDDIN / KETUA PEMUDA UMNO
"Pergerakan Pemuda UMNO BN kita bersolidariti dengan pemuda PAS sahabat kita yang sekarang ini ada di depan kedutaan Amerika Syarikat".

Sementara itu, Pemuda UMNO akan menjemput Dewan Pemuda PAS bagi menyertai majlis anjuran pergerakan itu "Malam Cintai Rasul" minggu depan.

KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR / KETUA PEMUDA UMNO
"Kita respect all religions, hormati setiap agama yang ada. Jangan kita sesekali menghina siapa-siapa dan kita kena bawa mesej ini sejagat untuk semua supaya kita hargai hormat setiap agama yang ada lebih-lebih
di Malaysia majoriti orang Islam. Apabila isu timbul sudah pasti kemarahan cukup tinggi sekali".

Mereka kemudiannya bersurai selepas bacaan doa yang diketuai Datuk Dr Hasan Ali

Sumber Daripada TV3 dan Youtube

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...