Snow

Wednesday, September 26, 2012

Resipi aiskrim coklat oreo


Bahan-bahan Resepi Aiskrim Coklat Oreo Mudah dan Sedap ( anggaran 1 liter ):

2 ½ cawan dutchlady full cream perisa coklat
2 ½ cawan nestle coffemate creamer powder
1 peket biskut oreo
**masa cuba resepi atas ni, cik tom tersilap beli dutchlady full cream yang susu so cik tom adjust resepi ini dengan tambah 1 sudu besar serbuk koko vanhoutten. Ok je tetap rasa sedap berkrim.

Cara-cara Masakan Resepi Aiskrim Coklat Oreo Mudah dan Sedap:


1. Masukkan susu coklat dan coffeemate ke dlm blender dan blend sehingga 5-10 minit. Masukkan 4 keping biskut oreo bersama krimnya sekali dan blend lagi hingga sebati. **tak perlu letak gula sebab biskut oreo ini memang dah manis.
2. Masukkan dalam peti sejuk dan beku lebih kurang 2 jam atau sebelum mula membeku. Kemudian keluarkan dan blend sekali lagi menggunakan blender.
3. Patah-patahkan biskut oreo dan campurkan dalam aiskrim dan tabur sedikit kat atas untuk topping yang lebih menarik.
4. Sekali lagi masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan beku untuk semalaman.
5. Dah beku, Siap untuk dimakan begitu sahaja, bersama kon aiskrim atau roti.
Selamat mencuba Resepi Aiskrim Coklat Oreo Mudah dan Sedap ye!
Resepi Aiskrim Coklat Oreo Mudah dan Sedap

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...