Snow

Saturday, September 22, 2012

Objektif,Matlamat,Visi&Misi SMKAM

OBJEKTIF
Mendidik dan membimbing pelajar mempunyai disiplin sendiri, bertanggungjawab serta hormat-menghormati dalam masyarakat sekolah dengan prinsip moral dan nilai murni yang baik.
Menyemai semangat cintakan sekolah, sanggup melibatkan diri dalam sebarang kegiatan sekolah dan mematuhi undang-undang.
Memupuk tabiat suka membaca dan belajar bersungguh-sungguh supaya mereka berfikiran kreatif dan analisis yang dapat melahirkannya dengan kemas, padat dan berkesan bagi mencapai prestasi yang tinggi dalam semua bidang kegiatan dan kokurikulum.
Memupuk sikap dan semangat berdikari, kreatif, inovatif, toleransi, bertnggungjawab dan bekejersama menerusi kegiatan kurikulum dan kokurikulum.
Membimbing pelajar dalam memilih kerjaya yang produktif sesuai dengan kebolehan dan cita-cita mereka dan berbakti kepada masyarakat dan negara.
Mengasuh pelajar menghormati guru, staf, masyarakat sekolah, ibubapa, pelawat, orang-orang tua dan rakan.
Mendidik pelajar berperasaan tolerasni, memahami serta menghormati hak individu dan kepentingan.
MATLAMAT
Membentuk dan melahirkan masyarakat sekolah yang bersepadu, bekerjasama, hormat menghormati dan patuh kepada undang-undang dan peraturan.
Memberikan perhatian kepada setiap individu, membina kecerdasan mentasl, fizikal, rohani, akademik dan kesejahteraan sosial.
Bersedia dan sanggup berusaha, berdikari, berbakti dan menerima cabaran dan perubahan masa.
Melahirkan insan yang harmoni dan seimbang, berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, dedikasi bermoral mulia, produktif dan progresif.
VISI
" SMKAM Penjana Budaya Cemerlang Untuk Melahirkan Pelajar Yang Berkualiti Dalam Sahsiah, Akademik Dan Kokurikulum Menjelang Tahun 2012"
MISI
Sentiasa membina amalan mulia
Memperjuangkan matlamat kecemerlangan
Kebijaksanaan dan jatidiri menjadi prioriti
Amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
Menjana fikrah intelek, kreatif dan inovatif

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...