Snow

Sunday, September 23, 2012

Resipi Pavlova

resepi pavlova

Bahan-bahan
4 biji putih telur
1 cawan gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan 
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara membuat
#Pukul putih telur dengan perlahan.
#Masukkan gula satu sudu demi satu sudu sambil putar dengan laju sehingga putih berkilat.
#Masukkan esen vanilla dan gaul.
#Masukkan tepung jagung dan cuka beserta gaul.
#Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius.
#Masukkan adunan ke dalam oven.
#Setelah 15 minit turunkan suhu kepada 140 darjah celcius.
#Bakar selama satu jam.
#Setelah siap dibakar, buka pintu oven sedikit dan tunggu sehingga meringue betul-betul sejuk sebelum dihias dengan menggunakan whipped cream dan buah-buahan masam seperti strawberi, kiwi, blueberi.

Sila cuba .. Dijamin menjadi Dan sedap .. Telah dicuba oleh keluarga salah seorang pelajar . :P

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...