Snow

Saturday, September 22, 2012

SMK Air Molek Penjana Budaya Cemerlang


DETIK KELAHIRAN
SMK AIR MOLEK
 

Sekolah Menengah Kebangsaan Air Molek telah dibuka pada 4 Januari 1982. Ia terletak di Kilometer 11, Jalan Bukit Lintang, 75460 Melaka. Mereka yang belajar di SMK Air Molek ini adalah lepasan dari SK Bukit Lintang, SK Paya Dalam, SK Paya Redan, SK Ayer Molek, SK Bendahara Seri Maharaja, SK Tambak Paya, SRJK Cina Tiang Dua dan SRJK Tamil Ladang Bukit Lintang. Sekolah Menengah Kebangsaan Air Molek ini telah dirasmikan oleh YB Saudara Anwar Ibrahim, bekas Menteri Pelajaran pada 12 Julai 1986.


LENCANA SEKOLAH

Bentuk:
Geometri yang dasarnya separuh bulat dan mempunyai 3 puncak dibahagian atasnya.
Tiga puncak:
Berilmu, Beramal, Beriman

Buku:

5 bahagian mencerminkan Rukun Negara dan menjadikan prasyarat seseorang itu untuk ke sekolah untuk menimba ilmu.

W A R N A

Hijau Tua:
Melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara.

Biru Tua:Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri dari berbagai kaum hidup dengan belajar bersama.
Kuning:Melambangkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja yang bertujuan ketaatan rakyat tidak berbelah bagi sebagaimana yang termaktub didalam Rukun Negara.

Merah:
Melambangkan keazaman, kecekalan dan kegigihan seseorang yang bergelar pelajar untuk mencari ilmu demi kesejahteraan hidup untuk bangsa dan negara.



LAGU SEKOLAH

S. M. K. A. M
Kemegahan kami
Semua bermula disini
tersemat harapan
Menjadi idaman
Insan yang mulia
S. M. K. A. M
Tempat dicurahkan
kasih, taat, setia
Menjulang namamu
semua lapangan
Menuju puncak jaya
Akan kami sematkan
Berikrar mengamalkan
Didikan kasih mesra
Putera puteri jaya
S. M. K. A. M
Kau tetap dihati
Ilmu kami pusakai
Terpaku dijiwa
Selama-lamanya
Berilmu dan berbakti

 
SCHOOL SONG
S. M. K. A. M
Our pride and joy
Everything has its beginning here
We all pin our hopes
On fulfilling our dreams
As perfect human beings
S. M. K. A. M
Is the place to bestow
Our love and our loyalty
Everything that we do
We do well all for you
You are held in high esteem
We will ensure and promise
To unkeep and practise
The teachings of the love and needs
To everyone who needs
S. M. K. A. M
You won't be forgotten
You will always be in our minds
The knowledge that we gain
Will be fixed in our hearts
Forever and ever



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...